Wednesday, December 18, 2013

Al Razzaq Homestay, Damiana Apartment, Proton City, Tanjung Malim, Perak

Al Razzaq Homestay, Damiana Apartment,  Proton City, Tanjung Malim, Perak (ground floor)
1 unit apartment ground floor, kemudahan parking, mempunyai pengawal keselamatan.
Apartment Damiana  Proton City berhampiran dengan Banjaran Titiwangsa dengan pemandangan yang cantik, nyaman, damai dan menenangkan.  Berdekatan dengan Tasik Embayu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti beriadah, berkayak, berkelah dan sebagainya.
Berhampiran UPSI/Politeknik Sultan Azlan Shah/PROTON/Majlis Daerah Tanjung Malim/ INSTUN.
Sesuai untuk sewaan harian, menghadiri majlis konvokesyen, pendaftaran pelajar (UPSI/Politeknik) pendaftaran pekerja PROTON, program DPLI/Master di UPSI/majlis perkahwinan, percutian keluarga, seminar, mesyuarat dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan
1 double decker (atas  single bed, bawah queen bed), 3 single bed, tilam, extra tilam/toto/bantal, kipas siling, meja makan, meja belajar, peti ais, dapur,iron, dan  tv .    
 
Keselesaan dan kebersihan adalah terjamin.

Favourite location
Tasik Endayu(3 min),  UPSI baru (5 min), UPSI lama(8 min), Politeknik Sultan Azlan Shah(10 min), Pekan Tanjung Malim (15 min), Air Terjun Sg Bil (15 min), Sg Dara (15 min), Sg Klah Hots Spring (30 min), Air Terjun Kalumpang (30 min).
Kepada yang berminat, sila hubungi Hajah Zainab (019-2191573)















Berdekatan dengan Masjid dan Tasik Embayu Proton City


Tuesday, December 17, 2013

AL-RAZZAQ HOMESTAY

Al-Razzaq Homestay nama diberi sempena nama Allahyarham Ayahanda saya Abdul Razak bermakna pemberi rezeki.  Telah ditubuhkan pada Februari 2013.  Terima kasih kepada penyewa-penyewa yang telah  sudi menginap di  Al-Razzaq  Homestay.

Untuk pengetahuan, di Tanjung Malim banyak tempat-tempat untuk mandi manda yang semula jadi dan masih belum tercemar. Dibawah ini saya nak share gambar Air terjun Sg Dara.  Kepada mereka yang tinggal di Al-Razzaq Homestay, ada yang  bawa family dimana ibu mereka sedang belajar di UPSI (program master/DPLI) setiap hujung minggu bolehlah bawa anak-anak mandi manda disini.